Skincerity Beauty
Miracle In 1 Bottle..1 Solution For All.. The First Breathable Mask In The World..
Home      Skincerity Q&A

Skincerity Q&A

Apa itu Skincerity? Kenapa ianya berbeza dari produk penjagaan kulit yang lain?

Skincerity ialah Masker bebas bernafas yang memegang kelembapan kulit semulajadi serta menambahkan kebaikan produk penjagaan kulit anda. Ianya digunakan pada waktu malam sebelum anda masuk tidur. Skincerity yang Ultra nipis tetapi bebas bernafas tidak akan meresap kedalam kulit seperti cream atau buih. Skincerity juga bertindak menyampaikan dua bahan utama antoksida yang akan meresap kedalam kulit.


Saya telah mencuba berbagai-bagai produk. Bagaimana saya tahu Skincerity benar-benar berkesan untuk saya?

Beribu orang telah menggunakan Skincerity. Skincerity merupakan  produk dematologi yang telah diuji dan disahkan. Skincerity telah diuji secara klinikal keatas pesakit sebenar dan telah disahkan terbukti. putusan kuantitatif dari ujian klinikal yang dilakukan di University of Texas Health Science Centre menunjukkan 67 peratus daripada semua orang yang menggunakan Skincerity mengalami pengurangan purata dalam penampilan kedutan sebanyak 39 peratus, dengan beberapa peningkatan sebanyak 200 peratus. Ramai pengguna melaporkan keputusan dramatik dalam hari!

Berapa lamakah saya boleh melihat kesan dari penggunaan Skincerity?

Kebanyakkan pengguna Skincerity melaporkan tona kulit bertambah baik dalam masa 1-2 hari. Walau bagaimanapun, tempoh masa untuk penambahbaikan kulit akan berbeza-beza di kalangan pengguna bergantung kepada keadaan kulit mereka sebelum menggunakan Skincerity. kebanyakan pengguna
akan mula melihat dan merasakan keputusan dalam minggu pertama penggunaan. Dengan penggunaan berterusan, kebanyakan pengguna melaporkan peningkatan dalam keserian, tona, tekstur, kekeringan, bintik umur, dan pengurangan saiz liang roma,
garis-garis halus dan kedutan.

Berapa kerap saya perlu menggunakan Skincerity?

Apabila kali pertama menggunakan Skincerity, anda perlu menggunakan produk setiap malam selama sekurang-kurangnya dua minggu. Ini akan memaksimumkan keremajaan kulit yang kering, rosak dan mempercepatkan keputusan . Selepas dua minggu , kami mencadangkan penggunakan Skincerity sekurang-kurangnya empat kali seminggu. Walau bagaimanapun, kebanyakan pengguna terus menggunakan Skincerity setiap hari sebagai sebahagian daripada rutin waktu malam mereka.

Di bahagian yang manakah saya perlu menggunakan Skincerity?

Ianya Menggunakan botol bola roller yang unik, anda boleh menyapu Skincerity ke kawasan kulit yang kering, kerosakkan akibat matahari atau berkedut seperti di muka, leher, dada, kaki dan tangan. Skincerity digunakan sebelum tidur. Hanya roll pada tempat yang diingini dan pergi ke tidur tanpa perlu menyentuh atau urut ke dalam kulit. Ia amat mudah!

Bagaimana Skincerity bertindak?

Skincerity merupakan bahan cecair dan cepat kering yang membentuk lapisan nipis yang bebas bernafas yang akan mengekalkan kelembapan semula jadi badan anda dan melembapkan kulit anda semasa anda tidur. Di bawah lapisan masker,  Skincerity menyampaikan bahan antioksida Vitamin E dan Grape Seed Oil untuk meremajakan kulit. Kulit anda akan kelihatan lebih cerah, lebih bercahaya, garis-garis halus akan berkurangan dan kulit anda akan berasa selicin baldu.

Bolehkah saya menggunakan Skincerity bersama-sama produk  kegemaran saya?
Ya. Walaupun Skincerity menawarkan formula kuasa unik sebagai  produk tungga, teknologinya sebagai bahan bebas bernafas meningkatkan manfaat  produk rutin yang sedia ada kerana ia membantu untuk mengekalkan produk pada kulit sepanjang malam. Pada dasarnya, ianya membenarkan produk kegemaran anda untuk kekal pada kulit dengan lebih lama,
Skincerity membuatkan produk kegemaran anda menjadi lebih baik! Hanya sapukan produk kegemaran anda sebelum ‘roll’ kan Skincerity. Untuk hasil yang terbaik, biarkan produk anda kering dahulu atau meresap sepenuhnya sebelum menggunakan Skincerity.

Mengapa Skincerity lebih Kos Efektif (Berbaloi) berbanding rawatan lain?

Bosan dengan perbelanjaan beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit pada Salun Penjagaan Muka  atau rawatan seperti laser, Botox ® dan Pengelupasan Kimia ? Menghabiskan masa terlalu lama untuk pelbagai produk kulit rutin penjagaan kulit yang  rumit? Jimatkan masa dan wang dengan Skincerity. Ia berfungsi sebagai empat produk dalam satu - ia jauh lebih bersih, lembap, mengelupas dan bertindak antioksidan untuk kulit. Malahan Skincerity mengambil beberapa saat sahaja untuk dipakai sebelum tidur  kemudian melupakannya. Skincerity sesuai dengan gaya hidup anda yang sibuk.

Perbandingan Skincerity dengan produk lain

Jenis-Jenis

Khasiat

Kesan

  Pembersih dan Astrigent

  Pembersihan mendalam

  Kekeringan

  Pelembap

  Melembap dan melembutkan

  Melekit/Berminyak, boleh menutup pori-pori

  Masker dan Pengelupasan Kimia

  Mengelupaskan kulit

  Mengambil masa, Invasiv dan rumit.

  Skincerity

  Pembersihan mendalam, Menegangkan kulit, 
  Meningkatkan khasiat produk lain, Mengecilkan 
  liang roma, Menghidrat, Melicinkan dan
  melembutkan kulit.
  Anti-penuaan/antioksidan, Mengurangkan 
  garis-garis halus dan kedutan

Bagaimana cara membersihkan Skincerity?

Pada waktu pagi anda boleh melihat Skincerity telah mula untuk "mengelupas. Oleh sebab kulit terhidrat, Skincerity akan terangkat dan  kelihatan seperti kulit mengelupas seperti selepas sunburn. Anda hanya perlu membuang Skincerity dengan cara mengurut lembut permukaan kulit dengan air suam, sabun atau losyen. Gunakan tuala atau Kain-Dermal ™ untuk membuang lapisan yang masih ada. urutan lembut ketika membersihkan skincerity akan membantu
mengelupaskan sel kulit mati dan mengangkat kekotoran untuk menyerlahkan sel-sel yang lebih muda.

Bagaimana jika Skincerity "melekat" kepada kulit saya pada waktu pagi?

Skincerity akan melekat/berpaut kepada kulit yang terlalu kering atau rosak sehingga kulit mempunyai cukup kelembapan dan dipulihkan kepada keadaan yang sihat. Skincerity yang melekat pada kulit adalah sebahagian daripada proses penghidratan kulit anda. Sehingga penghidratan dipulihkan, sapukan pelembap sedikit pada waktu malam di bawah Skincerity, ini akan membantu memudahkan mengeluarkan lapisan pada waktu pagi. Dengan penggunaan berterusan, kekeringan akan hilang dan Skincerity akan tanggal dengan mudah.

Bagaimana Skincerity bertindak seperti kulit anda?

Skincerity mengandungi formula dipatenkan yang apabila digunakan, menyerupai lapisan tambahan yang  tidak kelihatan kulit dengan cara ia mengekalkan kelembapan dalam badan anda sendiri, memastikan bahan asing tidak meresap kedalam kulit, dan kulit tetap bernafas. Skincerity mewujudkan persekitaran yang tertutup tetapi bebas bernafas untuk kulit anda bagi mengekalkan kelmbapan semulajadi dan menyampaikan bahan antioksida untuk berjam-jam semasa tidur anda. Ia berfungsi seperti kulit kedua.

Skincerity mempunyai ramuan aseton. Adakah ianya akan mengeringkan kulit saya?

Tidak, Aseton gred farmaseutikal (2-Propane) pada Skincerity  adalah bahan bukan toksik dan tidak akan mengeringkan kulit. Aseton yang terdapat dalam Skincerity digunakan untuk persediaan kulit, Menukarkan cecair didalam botol menjadi lapisan masker, memastikan bakteria tidak masuk kedalam botol dan membentuk lapisan liang mikro bebas bernafas untuk kulit yang sihat. Apabila cecair bertukar menjadi lapisan nipis bebas bernafas ( kurang 5 saat ) aceton akan tersejat diluar kulit.

Apakah jenis wangian yang digunakan dalam Skincerity?

Skincerity boleh didapati dalam bau biasa. Wangian kami adalah diluluskan oleh RIFM (Research Institute of Fragrance Materials), yang bermaksud wangian adalah tidak merengsakan kulit.

Mengapa Vitamin E?

Vitamin E adalah ramuan penting dalam Skincerity. Ujian klinikal telah membuktikan bahawa Vitamin E mempunyai kesan anti-aging/anti-kedut yang berkuasa pada kulit. Ciri-ciri antioksidannya membantu memperbaiki kekeringan, kulit yang rosak

Mengapa Minyak Biji Anggur?

Vitis vinifera (minyak biji anggur) adalah antioksidan yang berkuasa dalam memulihkan kulit rosak dan tekanan terhadap tisu.  Ianya memiliki sifat-sifat regeneratif dan penyusunan semula yang membolehkan kawalan kelembapan kulit yang lebih baik. Vitis vinifera mengandungi proanthocyanidins, yang sangat membantu dalam mengurangkan kesan kerosakan matahari, mengurangkan kerosakan radikal bebas, dan dalam penyembuhan luka.

 

Adakah Skincerity selamat untuk semua kaum dan jenis kulit?
 

Semua jenis kulit dan bangsa telah berjaya dengan Skincerity.

Adakah Skincerity Diluluskan oleh FDA?

FDA mempunyai garis panduan untuk keselamatan produk penjagaan kulit kosmetik. Skincerity adalah seorang produk pakar kosmetik  yang mengikut dan memenuhi garis panduan FDA.

Di mana saya perlu menyimpan Skincerity?
Untuk hasil yang terbaik, Simpan dalam kedudukan tegak pada suhu bilik.

Berapa lamakah satu botol boleh bertahan?

Botol 1oz  adalah saiz standard. Kebanyakan pengguna melaporkan bahawa botol 1oz  bertahan  kira-kira 30 hari dengan penggunaan biasa.



Copyright@www.skinceritybeauty.com.my